HIDE

GRID

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Breaking News:

latest

Kau Memang Drama!

Foto: Ilustrasi Pada era globalisasi ini, semakin hari drama manusia semakin menjadi-jadi. Mereka menggunakan nama, pangkat, populariti ...

Foto: Ilustrasi
Pada era globalisasi ini, semakin hari drama manusia semakin menjadi-jadi. Mereka menggunakan nama, pangkat, populariti dan takhta mereka untuk menindas manusia yang lain. Sehinggakan, kita semua terpedaya dengan omongan kosong manusia yang berdrama. Manusia yang berdrama ini sering selindung dibalik wajah indah apabila mereka tersenyum, dan membuatkan kita seolah-olah terkena mentera. Padahal mereka ini hanyalah pendusta yang hidup dengan drama.

Antara watak utama dalam drama ini adalah, pemimpin yang menggunakan kuasa veto beliau hanya untuk memperoleh keuntungan diri sendiri. Sewaktu pilihan raya, mereka melontarkan kata-kata manis mereka untuk memperoleh hati rakyat untuk memerintah. Tetapi setelah mereka memperoleh kuasa, mereka lupakan rakyat, ibarat kacang lupakan kulit.

Sebenarnya, dalam sejarah dunia, pemimpin dan salah guna kuasa tidak boleh dipisahkan apabila ramai ketua negara yang ditangkap, ditahan, dibicara dan akhirnya dijatuhkan hukuman atas pelbagai kesalahan jenayah lazimnya korupsi.

Kuasa, kepercayaan rakyat, kekayaan dan sistem pemerintahan dikatakan antara faktor yang mendorong pemimpin terlibat dalam kesalahan jenayah sehingga ia menjadi parasit politik.

Dunia pernah menyaksikan keruntuhan pelbagai empayar politik hanya kerana seorang individu yang tercemar, atau kejatuhan ekonomi negara kerana seorang ketua yang bersikap pentingkan diri sendiri.

Pemerintah Korup Kau Memang Drama !

Watak seterusnya dalam drama ini adalah, sebilangan ustaz atau sebilangan orang yang berilmu, menggunakan ilmunya untuk kepentingan diri sendiri. Antara contoh yang penulis nampak dalam drama ini adalah, seorang ustaz mengambil kesempatan terhadap ilmunya untuk menarik hati si wanita. Mereka ceramah ke sana ke sini, memberi tazkirah ke sana ke sini, bukan untuk memberi ilmu pengetahuan terhadap orang lain, tetapi sebaliknya. Tetapi penulis tidak memaksudkan kesemuanya hanya sebilangan sahaja yang bersikap demikian.

Seterusnya, sebilangan doktor, yang mempunyai kemahiran merawat pesakit. Mereka menggunakan kepercayaan pesakit untuk mengambil kesempatan terhadap pesakit. Contohnya satu kasus di Itali, seorang doktor mengambil kesempatan mencabul pesakit dan mengugut pesakit untuk menghentikan mesin pernafasannya jikalau beliau enggan memberi kerjasama. 

Nafsu Kuda Kau Memang Drama !

"Pendusta, Kau Memang Pendusta, Yang Hidup Dengan Drama!!!"

Pengirim :
Mohammad Abi Muslim bin Hassan
Mahasiswa fak. Syariah dan Hukum UIN Ar-Raniry